Khamis, 4 Jun 2009

PEMMALI DALAM MASYARAKAT BUGIS( BAHAGIAN DUA)

(5) Pemmali lewu moppang ananaE nasabaq magatti mate indoqna.
Terjemahan: Pemali anak-anak berbaring bertiarap sebab menyumpah ibunya mati cepat.
Bagi kanak-kanak yang suka bertiarap mereka pastinya akan ditegur kerana dikatakan ingin menyumpah ibunya agar mati cepat. Sebenarnya ancaman ini mencerminkan bahawa masyarakat bugis sangat menghormati orangtuanya sehingga larangan itu dikaitan dengan kematian ibu. Jika kita lihat dari sudut kesihatan berbaring tiarap boleh mengakibatkan sakit di dada atau sakit perut. Pemali ini berfungsi mendidik anak untuk menjadi orang memegang teguh etika, memahami sopan santun, dan menjaga budaya leluhur. Anak merupakan generasi yang harus di didik agar membesar menjadi insan berguna dan tidak memalukan keluarga.
(6) Pemmali kalloloe manrewi passampo nasabaq iyaro nasabaq ipancajiwi passampo siri
Terjemahan:Pemali bagi remaja lelaki menggunakan penutup sebagai alat makan sebab ia akan dijadikan penutup malu.
Lelaki yang menggunakan penutup benda tertentu seperti penutup periuk sebagai alat makan mengantikan piring dikatakan akan menjadi orang yang menjadi kambinghitam terhadap sesuatu masalah yang memalukan. Contoh menjadi kambing hitam penutup malu dengan menikahi gadis yang hamil di luar nikah akibat perbuatan orang lain. Meskipun bukan dia yang menghamilkan, namun dia yang ditunjuk untuk mengawini atau bertanggungjawab. Sebenarnya ancaman itu disebabkan menggunakan penutup sebagai alat makan tidak sesuai dengan adat etika ketika makan. Penutup bukan alat makan. Orang yang makan dengan penutup merupakan orang yang tidak tahu etika dan adab sopan santun semasa makan.
(7) Pemmali saleiwi inanre iyarega uwae pella iya puraE ipatala nasabaq mabisai nakenna abalaq Terjemahan: Pemali meninggalkan makanan atau minuman yang sudah dihidangkan karena biasa terkena bencana.
Pemali ini memuat ajaran untuk tidak meninggalkan makanan atau minuman yang telah dihidangkan. Meninggalkan makanan atau minuman yang sengaja dibuatkan tanpa menmakannya adalah pembaziran. Makanan bagi masyarakat Bugis merupakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah Swt. Orang yang meninggalkan makanan atau minuman tanpa menrasanya merupakan wujud penolakan terhadap rezeki. Selain itu, menikmati makanan atau minuman yang dihidangkan tuan rumah merupakan bentuk penghoramatan seorang tamu terhadap tuan rumah. Sekiranya makanan dan minuman yang dihidangkan tidak dijamu atau dirasa maka ia boleh menyinggung pihak tuan rumah.
Seharusnya kita generasi baru yang diberikan ilmu harus mencari makna falsafah disebalik larangan yang diwarisi oleh leluhur kita serta menerangkan larangan itu kepada masyarakat secara hikmah . Kita jangan terus melatah dan mengata bahawa larangan tersebut tidak sesuai sebaliknya kita juga jangan terlalu mengikut secara membuta tuli. Marilah kita sama-sama menjaga budaya bangsa selagi tidak bertentangan dengan agama.





Tiada ulasan: