Ahad, 24 Mei 2009

PEMMALI DALAM MASYARAKAT BUGIS( BAHAGIAN SATU )

Pemmali merupakan istilah dalam masyarakat Bugis yang digunakan untuk menyatakan pantang larang kepada seseorang yang melakukan dan mengatakan sesuatu yang tidak sesuai. Pemali sering menjadi pegangan leluhur masyarakat Bugis sebagai gelangan pendidikan tidak formal untuk membentuk budi pekerti. Sebenarnya kata-kata Pamali / Pemmali, sebenarnya berasal dari bahasa Arab yaitu Fiil Madi. Fiil Madi dalam bahasa Arab diertikan perbuatan/Sesuatu yang telah terjadi di masa lampau. Oleh karena itu Pemali dapat diinterpretasikan perbuatan/perkataan yang telah dilakukan oleh orang tua dulu yang mendatangkan kesan sehingga terjadinya sesuatu secara kebetulan atau disengaja.
Pemmali dalam masyarakat Bugis dapat dilihat dalam dua elemen, iaitu pemmali dalam bentuk perkataan dan pemmali dalam bentuk perbuatan. Namun dalam blog ini saya akan mengetengahkan tentang pemali dalam bentuk perbuatan untuk dirnungi dan di nilai semula agar kita generasi baru tidak terpesong dengan akidah Islam.
Beberapa contoh pemmali dan maknanya.
(1) Riappemmalianggi ana’ daraE makkelong ri dapurennge narekko mannasui.
Terjemahan: Pantangan bagi seorang gadis menyanyi di dapur apabila sedang memasak atau menyiapkan makanan.
Masyarakat Bugis menjadikan pantangan menyanyi pada saat sedang memasak. Akibat daripada pelanggaran ini dikatakan bahawa mereka akan mendapat suami yang tua. Namun demikian dari segi ilmiah tidak terdapat hubungan antara menyanyi di dapur dengan mendapat jodoh. Kerana Jodoh itu di tentukan oleh Allah SWT. Namun demikian, pemmali di atas sebenarnya memiliki hubungan dengan masalah kebersihan dan kesihatan. Menyanyi di dapur dapat mengakibatkan keluarnya tampias ludah daripada mulut yang kemudian terpercik ke makanan.
(2) Deq nawedding anaq daraE matinro lettu tengga esso nasabaq labewi dalleqna.
Terjemahan: Gadis tidak boleh tidur sampai tengah hari sebab rezeki tidak menyinggah di rumah.
Selain itu leluhur kita mengatakan mereka yang lambat bangun akan mendapat jodoh yang lambat. Sebenarnya seorang gadis tidak baik bangun tengahari kerana ia merupakan cerminan daripada sikap malas dan boleh membantutkan kerja di dalam rumah. Hal ini perlu diperhatikan kerana masyarakat bugis menganggap bahawa perempuan adalah pemegang kunci kepada pendidikan anak-anak dan urusan dalam rumah. JIka dikaitkan dengan lambat terima jodoh kerana lelaki tidak akan mahu berkahwin dengan wanita yang lambat bangun sebab khuatir mereka akan mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri dlam rumahtangga. Dari segi kesihatan pula lambat bangun akan menyebabkan badan menjadi lemah.
(3) Riappemmalianggi matinro esso taue ri sese denapa natabbawa ujuna taumate engkae ri bali bolata.
Terjemahan:Pantang orang tidur pagi jika jenazah jiran kita belum di usung ke tanah perkuburan.
Masyarakat Bugis dilarang tidur pagi sekiranya terdapat jiran yang meninggal dunia. Sebenarnya falsafah daripada larangan ini adalah sebagai satu symbol menghormati jenazah dan sebagai satu cara kita turut bersimpati dengan jiran. Pemali ini menggambarkan betapa tingginya penghargaan masyarakat Bugis terhadap sesama manusia.
(4) Pemmali mattula bangi tauwe nasabaq macilakai
Terjemahan: Pantangan bertongkat dagu sebab akan membawa sial.
Bertongkat dagu dikatakan akan membawa sial. Namun demikian makna falsafah daripada larangan ini adalah menunjukkan sikap seseorang yang pemalas. Perilaku bertongkat daku seolah-olah sesorang itu hanya berangan-anagan tetapi tidak ada melakukan tindakan. Perilaku ini tidak ada hasil yang boleh didapatkan karena tidak ada pekerjaan yang dilakukan. Mereka biasanya hanya hidup menderita. Oleh itu perbuatan ini dianggap sial kerana tidak mampu melakukan pekerjaan yang mendatangkan hasil untuk memenuhi keperluan hidupnya





2 ulasan:

wandarademaker berkata...

TINY SOLUTIONS - titanium coating - The TINY SOLUTIONS
Stainless steel oxide coating microtouch titanium trim from TINY titanium hair clipper SOLUTIONS. The TINY SOLUTIONS logo, or TINY SOLUTIONS logo, is designed for use with a flat surface. We ship it with USPS First Class  Rating: black oxide vs titanium drill bits 5 · ‎1 cerakote titanium review · ‎$2.95 · smith titanium ‎In stock

nityn berkata...

gm494 tecovas side zip boots,hanwag tashi,dc shoes パーカー,mollyboothrvatska,pepe jeans perfume cocktail,carhartt chile,pepe jeans shop hu,moonbootjapan,vasque zapatillas pe071