Isnin, 15 Jun 2009

PERSEPSI ATAU REALITI

Pada musim cuti sekolah yang lalu saya telah berkunjung ke perak. Suatu hari saya telah mengikut ayah dan ibu mertuaku berkunjung ke rumah keluarga . Namun pada masa itu keluarga yang ingin dikunjungi tidak berada di rumah kerana sedang menjalankan pemeriksaan kesihatan di salah sebuah Hospital di perak.
Memandangkan keluarga yang ingin dikunjungi tidak berada di rumah maka mertuaku mengajak kami berjumpa dengan teman lamanya yang kebetulan tinggal berhampiran dengan rumah keluarga. Setibanya saya dirumah tersebut saya telah diperkenalkan dengan anak teman mertuaku. Mertuaku memberitahu namaku, asal negeri dan bangsa ku.

Apa yang menarik ingin kunyatakan disini untuk dikongsikan bersama warga bugis ialah apabila mereka mengetahui saya berbangsa bugis secara sepontan dia terus mengatakan bahawa kalau ingin belajar berniaga maka belajarlah dengan orang bugis kerana orang bugis dikatakan adalah bangsa melayu yang mahir berniaga dan mempunyai semangat yang tinggi. Selain itu mereka juga menganggap bahawa bangsa bugis adalah bangsa yang mementingkan pendidikan terhadap anak-anak.
Saya ingin mendapatkan respon dari rakan-rakan apakah pernyataan mereka ini merupakan satu persepsi atau memang reality ? marilah kita bahas isu ini secara pengalaman anda atau pembacaan anda serta apa yang anda pernah lihat.




Tiada ulasan: