Selasa, 9 Jun 2009

RAJA BUGIS DAN 5 BERSAUDARA

Dalam sejarah tercatat bahawa salasilah keturunan Raja-raja di Malaysia dengan Keturunan Raja Luwu di Sulawesi Selatan mempunyai hubungan yang cukup rapat dari segi kekeluargaan. Apa yang dapat digambarkan bahawa Keturunan Raja Bugis di Malaysia bermula daripada peranan yang dimainkan oleh 5 bersaudara.
“Berdasarkan hasil pencarian salasilah keturunan Raja Bugis di Malaysia di dapati bahawa daripada 9 negeri yang ditadbir oleh golongan Raja yang bergelar sultan. Maka dapat disimpulkan keturunan raja di Malaysia, berasal dari komuniti Melayu-Bugis, Melayu-Johor dan Melayu-Minangkabau.
Merujuk kepada hasil kajian yang terdapat di muzium batara Guru di polopo, bahawa raja-raja Luwu telah wujud sejak abad ke 9 masehi lagi. Dan dikatakan bahawa sepanjang kerajaan Luwu di Sulawesi selatan terdapat 38 pemerintahan yang bergelar raja..

Sebenarnya Raja yang ke-26 dan ke-28 di Luwu Sulawesi selatan adalah Wetenrileleang berputrakan La Maddusila Karaeng Tanete, yang kemudian berputrikan Opu Wetenriborong Daeng Rilekke` yang kemudian bersuamikan Opu Daeng Kemboja.
“Dari hasil perkawinan inilah lahirnya 5 orang panglima bugis yang telah berhijrah ke Tanah Melayu yang dikenali dalam sejarah sebagai”orang bugis 5 bersaudara” Panglima Bugis 5 bersaudara inilah yang akhirnya membentuk sejarah keluarga Bugis di Tanah Melayu. mereka adalah orang Daeng Parani, Daeng Marewah, Daeng Cella`, Daeng Manambong dan Daeng Kamase,”
Oleh itu jangan pernah malu dilahirkan sebagai anak bugis, kerana sejarah akan tetap berkata-kata. Biarkan apa orang nak kata kita tetap mempunyai sejarah bangsa tersendiri. Ingat bahawa bangsa bugis adalah bangsa yang bertamadun.




Tiada ulasan: