Sabtu, 9 Mei 2009

KENALI AJARAN BANGSA KITA

1. Keturunan yang diajarkan bagaimana mempertahankan kehormatan keluarga.
Bangsa kita adalah bangsa yang sentiasa mempertahankan maruah dan harga diri keluarganya. Mereka sanggup berkorban nyawa sekiranya maruah dan harga dirinya cuba diganggu. Kerana harga diri bagi bangsa bugis merupakan kedudukan yang perlu dipertahankan. Sekiranya harga diri jatuh maka manusia selalunya tidak akan memandang kita dan mereka lebih muda meminjak-minjak keluarga kita dengan cacian dan makian.

2. Keturunan yang diajarkan untuk menjaga martabat orang lain dan dirinya sendiri.
Masyarakat Bugis juga diajar tentang nilai-nilai menghormati orang lain. Sebab itulah semasa kita kecil apabila kita dipanggil oleh orang kita hendaklah menjawab dengan kata Yeeeaa. Ungkapan ini dalam bahasa Bugis lebih halus penggunaannya. Menghargai dan menjaga martabat orang lain sangat digalakan dalam bangsa kita.
.3. Keturunan yang diajarkan untuk tidak tunduk kepada orang lain.
Meskipun kita diajar untuk menghormati dan mengahrgai martabat orang lain, tapi kita tidak seharusnya tunduk sehingga perlu menjilat demi kepentingan diri. Budaya tidak tunduk kepada orang lain merupakan cerminan bahawa tradisi bugis bukan bangsa yang mudah diperalatkan atau ditiup seperti kapas.

4. Keturunan yang ingin bebas merdeka berjuang dan berusaha untuk bertahan hidup.

Kita adalah bangsa yang sentiasa berjuang dan berusaha untuk survival diri. Sebab itulah saya katakan dahulu bahawa letak mereka di mana-mana mereka pasti mampu berusaha untuk bertahan untuk hidup. Ibaratnya berpantang ajal sebelum maut.

5. Keturunan yang berabad abad mentalnya telah dibentuk dan ditempa dengan keras oleh gelombang

Memandangkan mempunyai semangat massompe ( mengembara ) dan makassero ( bekerja keras ) maka mental mereka telah terdedah dengan apa juga tekanan. Sehingga semangat juang Bugis sukar untuk dinafikan.

6. Keturunan yang diajarkan berani menghadapi masalah dan tidak lari dari kenyataan hidup.dan berani bercakap hanya jika ada BUKTI.
Bangsa Bugis adalah bangsa yang mempunyai falsafah berpantang mundur setelah mara ke depan mungkin telah menyerap ke tubuh kita. Oleh itu bangsa kita adalah bangsa yang jarang melarikan diri selagi berada di jalan kebenaran.

Marilah kita sama-sama merenung ajaran leluhur kita agar kita mampu menjadi bangsa yang disegani. Meskipun saya tidak menafikan kadangkala kita juga selalu melanggar ajaran-ajaran yang pernah di berikan oleh orangtua kita.


Tiada ulasan: