Rabu, 6 Mei 2009

KREATIVITI MASYARAKAT BUGIS

Selama berabad-abad lamanya masyarakat Bugis telah dikenal di kepulauan nusantara sebagai kaum pedagang, perantau dan pemukim. John Crawford, gabenor pertama dari Singapura telah mengatakan bahawa kaum Bugis boleh dikategorikan masyarakat yang paling canggih dan yang paling inovatif diantara seluruh suku bangsa di kepulauan Nusantara ini. Mendengar pernyataan ini tentunya siapa saja yang berbangsa bugis seharusnya merasa bangga bersyukur kerana terlahir sebagai bangsa yang mempunyai nilai kreativiti yang tinggi di antara beberapa bangsa di kepulauan nusantara.jangan pernah malu terlahir sebagai bangsa Bugis.Meskipun pendapat ini muncul pada masa lampau dan pada masa penjajahan di kepulauan Nusantara, Namun saya yakin dan percaya bahawa saat ini kaum Bugis masih dipandang sebagai suku yang paling inovatif dan terkemuka di Nusantara khusunya dalam kelompok Melayu.Melalui keyakinan saya mari kita cuba perhatikan budaya masyarakat bugis pada masa kini tentang inovasi dan kreativiti mereka. Masyarakat bugis pada hari ini meskipun tidak kesemuanya, namun boleh diyakini bahawa mereka bangsa yang mempunyai nilai kreativiti yang tinggi demi survival. Buktinya...Simpanlah mereka di mana-mana sahaja mereka pasti mampu untuk survival. Bangsa Bugis apabila disimpan di hutan mereka boleh menananm padi dan membalak, Jika kita simpan di ladang mereka boleh berkebun, Jika kita simpan di pasar mereka boleh berdagang , Jika kita simpan di laut mereka boleh menjadi nelayan yang handal merentasi ombak dan gelora,Jika kita simpan di stesyen bas dan teksi mereka boleh menjadi pemandu, Jika kita simpan di sekolah mereka boleh mendidik anak bangsa, Jika kita simpan di Masjid mereka boleh menjadi pendakwah dan Imam sembahyang, Jika kita simpan di Universiti mereka boleh menjadi mahasiswa yang berjaya dan timbalan naib canselor, Jika kita simpan di depan internet mereka boleh mengeksplorasi alam maya, jika kita simpan di hospital mereka boleh menjadi jururawat dan doktor, Jika kita simpan di putrajaya mereka boleh menjadi perdana menteri. Itulah bangsa bugis dari hirarki kerja yang rendah hingga keperingkat kepimpinan negara mereka mampu memegang tanggungjawab. Namun kita jangan hanya berbangga dengan kemampuan bangsa kita sebaliknya marilah kita secara bersama-sama bersyukur kehadrat Ilahi dan meneruskan meningkatkan mutu bangsa kita. Yang penting berikan mereka peluang dan sokongan , Insya Allah mereka akan turut sama memajukan bangsa dan negara ini. Melalui pernyataan tadi maka kita dapat melihat bahawa bangsa bugis amat kreatif di darat dan di laut. Kebolehan ini di sebabkan oleh semangat juang bugis yang cukup tinggi dan semangat berpantang mundur jika telah mara ke depan.
Kita bukan bangsa yang mengamalkan perkauman tetapi kita adalah bangsa yang bersatu demi kekuatan masa depan agama dan negara Malaysia. Pesan saya pada anak anak bangsaku tingkatkan ilmumu, indahkan perilakumu agar menjadi bangsa yang dihormati dan digeruni.
SALAM PERJUANGAN...





7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aja Kechil, yang bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah adalah pemerintah awal wilayah Johor, Pahang, Riau, and Linggi. Pada mulanya bertapak di Johor, kemudian Riau, selepas itu apabila baginda membuat keputusan untuk menetap di Siak Sumatra, Daeng Loklok yang bergelar Bendahara Husain ingin mengambil alih pemerentahan Johor tetapi tidak dipersetujui oleh Raja Kechil. Bendahara Husain kemudiannya menemui Raja Sulaiman, putra Almarhum Sultan Kuala Pahang bagi menggunakan pengaruh baginda untuk mendapatkan bantuan 5 beradik Raja Bugis; Daeng Perani, Daeng Menambun, Daeng Merewah, Daeng Chelak and Daeng Kemasi bagi tujuan tersebut.
Sebaik sahaja Raja Bugis menerima utusan dari Raja Sulaiman, angkatan tentera Bugis terus datang dengan 7 buah kapal perang menuju ke Riau. Raja Kechil telah ditumpaskan di Riau dan melarikan diri ke Lingga dalam tahun Hijrah 1134. Sebagai balasan, Raja Sulaiman telah bersetuju permintaan Raja Bugis dimana mereka mahukan supaya raja-raja Bugis dilantik sebagai Yamtuan Besar atau Yang Di-Pertuan Muda, bagi memerintah Johor, Riau and Lingga secara bersama jika semuanya dapat ditawan.

Setelah Bugis berjaya menawan Riau, Raja Sulaiman kemudiannya pulang ke Pahang, manakala raja Bugis pula pergi ke Selangor untuk mengumpulkan bala tentera dan senjata untuk terus menyerang Raja Kechil. Semasa peninggalan tersebut, Raja Kechil telah menawan semula Riau semasa raja Bugis masih berada di Selangor.

Setelah mendapat tahu Riau telah ditawan oleh Raja Kechil, Bugis terus kembali dengan 30 buah kapal perang untuk menebus semula Riau, semasa dalam perjalanan menuju ke Riau, mereka telah menawan Linggi (sebuah daerah di Negeri Sembilan) yang dikuasai oleh Raja Kechil. Setelah Raja Kechil mendapat tahu akan penawanan itu, baginda telah datang ke Linggi untuk menyerang balas.

Pehak Bugis telah berpecah dimana 20 buah dari kapal perangnya meneruskan perjalanan menuju ke Riau dan diketuai oleh 3 orang dari mereka. Raja Sulaiman telah datang dari Pahang dan turut serta memberi bantuan untuk menawan semula Riau. Dalam peperangan ini mereka telah berjaya menawan kembali Riau dimana kemudiannya Raja Sulaiman dan Bugis telah mendirikan kerajaan bersama.

Setelah mengetahui penawanan Riau tersebut, Raja Kechil kembali ke Siak kerana baginda juga telah gagal menawan semula Linggi dari tangan Bugis. Hingga kini Linggi telah didiami turun-temurun oleh keturunan Bugis dan bukan daerah Minangkabau.

Pada tahun 1729, Bugis sekali lagi menyerang Raja Kechil di Siak dimasa Raja Kechil ingin memindahkan alat kebesaran DiRaja Johor (Sebuah Meriam) ke Siak. Setelah mengambil semula kebesaran DiRaja tersebut, Raja Sulaiman kemudiannya ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan membawa gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yang memerintah Johor, Pahang, Riau, and Linggi.

Sultan Sulaiman telah melantik Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda Riau. Kemudian adik perempuannya Tengku Tengah pula dikahwinkan dengan Daeng Parani yang mana telah mangkat di Kedah semasa menyerang Raja Kechil disana. Seorang lagi adik Sultan Sulaiman Tengku Mandak dikahwinkan dengan Daeng Chelak ( 1722-1760) yang dilantik sebagai Yamtuan Muda II Riau 1730an. Kemudian anak Daeng Parani, Daeng Kemboja dilantik menjadi Yamtuan Muda III Riau (yang juga memerintah Linggi di Negeri Sembilan).

Anak Daeng Chelak, Raja Haji dilantik sebagai Yamtuan Muda IV Riau dimana baginda telah hampir dapat menawan Melaka dari tangan Belanda dalam tahun 1784 tetapi akhirnya baginda mangkat setelah ditembak dengan peluru Lela oleh Belanda di Telok Ketapang, Melaka. Baginda telah dikenali sebagai Al-Marhum Telok Ketapang.

Dalam tahun 1730an, seorang Bugis bernama Daeng Mateko yang berbaik dengan Raja Siak mengacau ketenteraman Selangor.

Ini menjadikan Daeng Chelak datang ke Kuala Selangor dengan angkatan perang dari Riau. Daeng Mateko dapat dikalahkan kemudiannya beliau lari ke Siak. Dari semenjak itulah daeng Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor. Lalu berkahwin dengan Daeng Masik Arang Pala kemudian dibawa ke Riau.

Ketika Daeng Chelak berada di Kuala Selangor penduduk Kuala Selangor memohon kepada beliau supaya terus menetap di situ sahaja. Walau bagaimana pun Daeng Chelak telah menamakan salah seorang daripada puteranya iaitu Raja Lumu datang ke Kuala Selangor. Waktu inilah datang rombongan anak buahnya dari Riau memanggil Daeng Chelak pulang ke Riau dan mangkat dalam tahun 1745.

Sultan Salehuddin (Raja Lumu - 1742-1778)

Raja Lumu adalah punca kesultanan awal di Kuala Selangor. Raja Lumu dilantik menjadi Yang DiPertuan Selangor pertama, Daeng Loklok dilantik menjadi Datuk Maharaja Lela.

Berita yang mengatakan Raja Lumu anak Daeng Chelak dari Bugis menjadi Yang DiPertuan Selangor sampai kepengetahuan Sultan Muzaffar Shah di Perak, ketika itu bersemayam di Beruas.

Sultan Muzaffar Shah pun menghantar utusan untuk mempersilakan Raja Lumu barangkat ke Kuala Bernam sebagai pertemuan dengan baginda.

Ketibaan Raja Lumu disambut dengan penuh istiadat raja besar-besaran dengan pukulan nobat dan tiupan nefiri. Acara ini dilakukan dengan tujuan sebagai ujian kepada Raja Lumu, adakah beliau benar-benar berketurunan raja yang berdaulat.

Setelah semua ujian itu tidak mendatangkan apa-apa bencana terhadap Raja Lumu, baginda Sultan Muzaffar Shah pun mengesahkan perlantikan tersebut. Seterusnya dinobatkan dan bergelar Sultan Salehuddin Shah, sementara Daeng Loklok digelar Datuk Maharaja Lela Husain.

Pertabalan penuh sejarah itu dilakukan di Pulau Pangkor dalam tahun 1756. Selesai sahaja pertabalan, Sultan Salehuddin Shah pulang ke Kuala Selangor. Itulah Sultan Selangor yang pertama bersemayam di atas Bukit Selangor yang dikenal dengan nama Bukit Malawati.

Menurut Tuffatul al Nafis karangan Almarhum Raja Ali Al Haji, Riau, disitu ketika Tengku Raja Selangor (Raja Lumu) pergi bermain ke Pulau Pangkor, Raja Lumu dijemput oleh Yang DiPertuan Perak untuk mengadap.

Dalam perundingan di antara kedua pihak itu bersetuju melantik Tengku Raja Selangor menjadi Yang DiPertuan Besar Selangor digelar Sultan Salehuddin. Kemudian Sultan Salehuddin pun berangkat pulang ke Kuala Selangor diiringi sendiri oleh Yang Dipertuan Besar Perak.

Setelah sampai ke Kuala Selangor Sultan Salehuddin pun ditabalkan dihadapan rakyak Selangor dengan penuh istiadat. Dari sejak itu antara keduanya menjadi sahabat baik sentiasa berutusan.

Kemangkatan Sultan salehuddin meninggalkan empat orang anak iaitu Raja Ibrahim, Raja Nala, Raja Punuh dan Raja Sharifah.

Baginda juga telah melantik seorang Bugis bernama Daeng Loklok bergelar Datuk Maharaja Lela Husain. Seorang daripada anak perempuannya bernama Cik Long Halijah berkahwin dengan Raja Ibrahim, putera Raja Lumu dan juga Sultan Selangor kedua.

Sultan Salehuddin mangkat dan dikebumikan di atas Bukit Selangor dan dinamakan Marhum Salleh. Baginda memerintah kerajaan dari tahun 1743 (1756) hingga 1778 .

Sultan Ibrahim (1778-1826)

Raja Ibrahim putera sulong Sultan Salehuddin dilantik menjadi Sultan Selangor kedua, adiknya Raja Nala dilantik menjadi Raja Muda dan dua orang yang lain menhadi Orang Besar bergelar di Selangor.

Sultan Ibrahim dianggap seorang sultan yang berani berhati waja di samping mempunyai pengalaman yang melalui percampurannya semasa dari kanak-kanak lagi.

Bunga peperangan dan perang kecil sentiasa berlaku antara orang Bugis dengan orang Belanda sejak tahun 1740an lagi. Api ini terus menyala selepas 14hb. January, 1784. Peperangan inilah yang mengakibatkan mangkatnya Raja Haji oleh Belanda, kemudiannya dimakamkan di Teluk Ketapang digelar Marhum Ketapang.

Kemangkatan Raja Haji menimbulkan kemarahan Sultan Ibrahim menyebabkan Selangor terlibat secara langsung dari persengkitaan antara Belanda dengan Johor itu. Sebagai persiapan berjaga-jaga dari serangan Belanda terhadap Selangor, Sultan Ibrahim telah membina dua buah kota. Kota batu atas Bukit Selangor dan kota tanah di atas Bukit Tanjung.

Sangkaan ini tepat, pada 2hb. Ogos, 1784, Belanda meyerang dan menakluki kedua-duanya kota tadi. Sultan Ibrahim dengan orang-orangnya lari ke Ulu Selangor,lalu ke Pahang menemui Bendehara Ab. Majid meminta bantuan. Semasa di Pahang Sultan Ibrahim sempat berkahwin dengan Tun Selamah, anak Bendahara Ab. Majid.

Selama Belanda di Kuala Selangor dia telah memperbaiki kota batu di Bukit Selangor.Diberinya nama Kota Altings burg sempena nama Gebenor Jeneral Belanda pada masa itu.

Begitu juga kota tanah di Bukit Tanjung dinamakan Kota Utrecht iaitu mengikut nama kapal Jacob Pieter van Braam, kemudiannya kota ini dipanggil Kota Belanda oleh Orang Melayu.

Pada 27hb.Jun, 1785, angkatan Sultan Ibrahim berjaya menghalau Belanda yang berada di Kuala Selangor.

Akhirnya pada 27hb. Oktober, 1826 Sultan Ibrahim mangkat kemudiannya dimakamkan di atas Bukit Selangor.

Almarhum meninggalkan 12 orang putera dan 9 orang puteri. Mereka-mereka itu Raja Muhamad (Sultan Selangor III), Raja Ismail, Raja Yusof, Raja Siah, Raja Siti, Raja Aminah, Raja Fatimah, Raja Mariam, Raja Maimunah, Raja Khatijah, Raja Halijah, Raja Abdullah, Raja Haji, Raja Abd Rahman, Raja Abbas, Raja Salleh, Raja Hussin, Raja Usoh, Raja Hamidah dan Raja Said.

Hatta, bermulalah sejarah keturunan Bugis yang bertapak di Kuala Selangor dari keturunan Daeng Chelak.

Sultan Muhamad (1826-1857)
Sejarah seterusnya setelah Sultan Ibrahim mangkat, Raja Muhamad ditabalkan sebagai Sultan Selangor ketiga.

Raja Muhamad ( Sultan Selangor III )

Tanpa Nama berkata...

Ya memang suku Bugis cukup hebat di Nusantara dan telah terbukti akan kehebatan dan penangan suku Bugis khas di Tanah Melayu sehinggakan suku lain yang kununnya merekalah yang hebat akan tetapi sejarah telah membuktikan kehebatan anak-anak Bugis khasnya di Sabah.bugis adalah salah satu rumpunan Bangsa Melayu yang berbilang suku atau keturunan. pada pendapat saya suku Bugis ini adalah salah satu kaum atau suku yang bertamadun di PLANET BUMI ciptaan ALLAH swt. Ini adalah kerana Bugis bukan saja memiliki bahasanya yang tersendiri malahan mempunyai sistem tulisannya tersendiri seperti kaum Cina India kaum-kaum di Russia atau di Thailand yang mempunyai bahasa dan sistem tulisannya yang tersendiri. Tulisan bugis di gelar AKSARA. tapi keTamadunan bugis ini seakan-akan dinafikan..khasnya di tempat kita ini..kunun bugis lanun pendatang pemberontak dan sebagainya.bugis pun memang hebat tapi agak malang kekadang bila sesorang Individu Bugis itu sendri telah berjaya dan telah berada di HIRARKI paling atas seakan mereka ini lupa akan asal-asul mereka sendiri..lupa kepada anak-anak Bugis di bawah yang masih menagih bantuan..dan berlagak macam AYAM SERAMA...seakan menjurangkan hubungan PR antara bugis bugis dan kekadang yang selalu lebih kejam dari ikan HARUAN....

Din albugisi berkata...

Salam...
Tahniah sappo kerana memahami sejarah awal pemerintahan bugis di selangor. Kita jan lupa pada sejarah bangsa kerana itu merupakan pengajaran dan penilaian pada bangsa kita untuk hari ini. Kejayaan sesuatu bangsa apabila dia sentiasa belajar sejarah nya dan untuk memperbaiki diri. bukan bernostalgia dengan kemajuan lampau.Tahniah

Keberadaan tulisan dan bahasa sendiri bagi masyarakat bugis merupakan gambaran bahawa bugis bangsa yang mempunyai ciri-ciri tamadun. Dan ini mencerminkan bugis bukan sebarangan bangsa di muka bumi ini. Oleh itu jika orang mencerca kita maka kita harus bersyukur dan berbangga kerana itu merupakan petanda bahawa bangsa kita sebagai bangsa yang berjaya. Manusia tidak akan mencerca dan menghina sekiranya kedudukan mereka tidak terjejas dengan kemajuan sesuatu bangsa. Lihatlah bagaimana Bush campur tangan di Iran, kerana dia merasakan bahawa kedudukan Amerika mungkin akan dicabar dengan kemunculan kuasa Islam yang cukup berani dan menunjukan kemajuan Teknologi. Tugas kita teruskan mencari ilmu demi kemajuan bangsa

Tanpa Nama berkata...

Anda lihat sendri betapa hebatnya bugis di tanah melayudan di borneo.Ramai anak-anak bugis generasi sekarang mempunya1 pendidikan yang cukup hebat GEMILANG CEMERLANG dan TIDAK TEMBERANG tapi ada juga...Kalo di amati bugis boleh mengulangi sejarah maksud saya boleh menakluki semula Hirarki Pemerintahan seperti Pemimpin-pemimpin terbilang Bugis pada zama dahulu...bangsa bugis adalah satu bangsa yang paling bermaruah dan paling berpengaruh..tapi malangnya tiada satu pertubuhan atau kumpulan BUgis yang cukup kuat sebagai tempat atau wadah kepada warga bugis yang lain untuk mengadu. Anda sedia maklum permasalahan orang-orang bugis khasnya di sabah..berkaitan hak mereka sebagai warganegara malaysia, permasalahan dokumen dan sebagainya..Setahu saya belum ada mana-mana kumpulan atau pertubuhan KEBUGISAN yang betul-betul memperjuangkan hak warga bugis warga malaysia...dulu ada ura-ura hendak menubuhkan pertubuhan sedemikian tapi sampai sekarang DeGaGa Curita Bawang......Macam di Sabah, sebut Bugis saja apa lagi suku selain bugis macam fobia..keadaan sedemikian paling ketara dalam politik..kalo anda tak percaya..cuba rapat ngan orang politik terutama sekali kalo pemilihan bahagian parti yang berkuasa...untuk pengatahuan anda, sampai pernah hampir2 betumbuk dengan suku lain kerana dia secara terangan menafikan kejayaan dan kegemilangan ank bugis di sabah. bagi saya senang saja, sapa-sapa yang gian sangat mempertikaikan kehebatan golongan marhain bugis di Sabah khasnya..nafikan dulu kenapa Bugis boleh jadi Sultan d Johor, boleh jadi sultan di selangor dan boleh dilantik menjadi duli yang dipertuan agong...Rajanya Malaysia..Bodoh...

bugis memang hebat di nusantara tidak boleh dinafikan lagi tapi sayang ada sesetengah otai-otai bugis masih lagi mengamalkan adat resam yang membawa kepada kesyirikkan dan keKhurafatan...Kerana bugis saya membangun kerana bugis juga saya jatuh di timpah tangga nasib baik ndak tertiarap....sejak dari itu saya terlalu berhati-hati dan lebih senang membangun sendiri-sendiri

Din albugisi berkata...

Salam... Sebenarnya sappo ada juga pertubuhan bugis yang diwujudkan di Sabah. Sebagai contoh terdapat pertubuhan bugis yang dikenali sebagai pertubuhan KECAPI. Setahu saya penasihat pertubuhan ini ialah seorang naib canselor UMS sabah. Sedangkan pengerusinya adalah encik Tadad iaitu seorang engineer.
Tentang kekecewaan sappo yang naik dan jatuh kerana bugis saya harap kita bersabar sahaja.Manusia kalau sudah menjadi rakus tentu segala cara akan dihalalkan. Yang penting mari kita sama-sama berjuang memartabatkan bangsa.
Saya juga bersetuju sappo kalau masyarakat kita masih banyak mengamalkan amalan syirik. Namun kita sebagai generasi muda harus mampu menjelaskan pada mereka secara berhemah. Contohilah Rasullah saw menyampaikan dakwah secara berhemah meskipun dikelilingi dengan adat bangsa Arab yang penuh dengan kesyirikan dan kemunafikan. Apapun kembalikan kegemilangan bangsa kita.

Mat Dollah berkata...

Saya adalah dari keturunan Bugis Johor. Nenek-Moyang saya berasal dari salasilah Daeng Chelak.
Bermula dengan Orang Kaya Abdul Samad yang dilahirkan di Pulau Bintan, kemudian berhijrah ke Daek (Lingga)dan membuka perkampungan yg dinamai Gelam Kampung Baru. Hasil perkhawinan di daek, maka lahir Cik Latif yg menjadi hulubalang kerajaan Lingga dan bermukim di Pulau Singkep (Indonesia). Dari Cik Latif lahir moyang saya bernama Cik Basok yang telah dikirimkan oleh kerajaan Lingga ke Johor untuk menjadi Panglima Hitam di istana Johor. Dan dari Cik Basok lahir Komeng, Khalid, Jaafar (datok saya) dan Mahmud.
Ayah saya bernama Abdullah (Mos)dan pernah bekerja sebagai Pengurus Operasi Malaysia Singapore Airline (Sabah, Serawak, Brunei 1970-1975)
Saya Mohamed (Mat Dollah)sekarang ini bekerja sebagai programmer dan anak sulong saya Mohd.Redha sedang menuntut di Perancis (bidang kejuruteraan Kapalselam) TLDM.
Begitulah serba sedikit tentang kami dan saya bangga dilahirkan sebagai anak Bugis.

Din albugisi berkata...

Salam sappo dari Johor. saya sangat berbangga dengan latar belakangmu. Meskipun kita jauh namun semangat kebugisan tidak boleh kita lupakan.Kalau bangsa lain boleh berbangga dengan bangsanya maka kita juga harus berbangga dilahirkan sebagai bangsa yang mempunyai nilai pengetahuan yang boleh dibanggakan. Bangsa bugis adalah bangsa yang mampu bersaing di se antero dunia. Sappo telah buktikan dengan kejayaan mendidik anak hingga mampu belajar di peranchis. Tahniah... Kedaulatan dan kegemilangan bangsa bugis hanya mampu direalisasikan sekiranya dia bangga menjadi bangsa yang kreatif dan berpengetahuan luas...