Sabtu, 25 April 2009

Semangat Perjuangan Bugis

Suku Bugis atau to Ugi 'adalah salah satu suku yang begitu banyak terdapat di Nusantara dari segi taburannya. Kebanyakan orang bugis ini tinggal di kepulauan sulawesi. Memandangkan bugis merupakan masyarakat yang suka belayar dan berdagang maka masyarakat Bugis hari ini dapat di lihat berada di mana-mana sahaja. Tidak keterlaluan kalau saya katakan taburan masyarakat bugis sama seperti masyarakat cina dan India iaitu di mana ada daerah di situ ada Cina, India dan bugis. Dan yang menariknya kalau di Malaysia di mana ada universiti di situ ada orang bugis. Oleh itu, dengan semangat massompe ( mengembara ) maka masyarakat bugis juga terdapat di bumi perlis hingga ke Sabah dan pengajian tinggi.

Sebenarnya mengikut kepercayaan kuno to ugi reoloh ( orang bugis dulu-dulu ) merasakan bahawa mereka adalah manusia pilihan yang telah diturunkan dari langit ( Two manurung ) untuk menyebarkan norma sosial ke muka bumi. Dengan kepercayaan itulah maka masyarakat bugis termasuk masyarakat di Asia Tenggara yang kurang menerima pengaruh kehidupan daripada India. Masyarakat bugis menganggap bahawa mereka lebih bermartabat dan bermaruah dari orang luar.

Sebenarnya Penamaan "ugi" merujuk pada raja pertama kerajaan di kecamatan Pammana Kabupaten Wajo pada masa kini. Nama raja tersebut ialah La Sattumpugi. Oleh itu para penduduk raja pada masa itu mengelarkan diri mereka adalah two ugi ( Pengikut orang-orang Lasatumpugi )

Meskipun kita tidak boleh menerima dongeng asal-usul masyarakat bugis yang diturunkan dari langit untuk menyebarkan norma sosial masyrakat setempat tetapi kita juga perlu memahami bahawa dengan cerita inilah maka orang-orang bugis dahulu suka merantau merentas bumi dan lautan tanpa merasa gentar dan takut dengan ancaman.

Jika kita mahu mengkaji kehidupan sejarah orang-orang bugis sememangnya sangat panjang di tulis khusunya dalam epik sastera La galigo. iaitu sebuah epik sastera yang terpanjang di dunia. Tetapi ada 2 ciri utama masyarakat bugis yang perlu kita fahami iaitu terlalu kuat berpegang teguh kepada nilai adat dan sirri ( harga diri ). Bagi masyarakat bugis sirri merupakan nilai yang paling asas dan harus menjadi tiang kepada kehidupan bermasyarakt selain berpegang teguh kepada ajaran Allah.
Konsep siri atau masiri yang bermaksud malu dan menjaga maruah. merupakan konsepy yang sering menjadi pegangan orang dulu-dulu. Bapa dan ibu kita selalu berpesan "...aja mu melo nabetta taue de musiri ga " ( Jangan kau mahu kalah dengan orang lain, kau tak malu kah) Konsep ini boleh juga mengambarkan bahawa dalam hal merebut peluang jangan pernah ketinggalan. kerana peluang tidak selalu datang dan ia akan cepat pergi. Selain itu konsep siri juga biasa dikaitkan dengan harga diri atau maruah. Setongena biasa ke mengkalinga tawede maabicara "mereka sanggup mati kerana menjaga maruah diri, keluarga dan bangsanya". Semangat ini mungkin hasil daripada slogan pemimpin bugis dulu-dulu yang pernah berkata "PABILA LAYAR TELAH KUKEMBANGKAN, KEMUDIKU TELAH KU ARAHKAN, PERAHU TELAH KUGERAKKAN, KU RELA TENGELAM DARIPADA BERUNDUR KE BELAKANG ).

Jumpa lagi dilain tajuk... sila berikan sumbangan penulisan untuk kita bincangkan secara bersama... Salam perjuangan..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang betul apa yang ko caka tu puang airuding..memang orang bugis suka mengembara sampailah sekarang pung masi mengembara contohnya sekarang ni pun orang bugis maksud aku generasi baru anak-anak bugis mengembara bukannya saja di alam nyata tapi merentasi sempadan global. Dan hari ini perasan atau tidak semangat pengembara masi menebal dan terbukti anak2 bugis
generasi baru ini mengembara di alam maya untuk mencari ilmu dan mencari rezeki..mengembara sambil mencari rezeki.. kalo dulu orang tua kita suka mengembara di alam nyata untuk menuntut ilmu dan mencari rezeki nahh sekarang ini terlalu ramai sudah anak2 bugis mengembara di alam maya untuk mencari ilmu serta REZEKI...tapi agak malangnya generasi baru bugis ini kebanyakkannya dan hampir 80% tidak tahu bertutur dan bahasa bugis itu sendri seperti sayalah..tapi walaupun saya sedemikian tapi saya tetap bangga menjadi bugis islam kerna semangat Pengembara dan Pencari rezeki Tanpa sempadan telah merasuk dalam jiwa saya...telah banyak berlaku anjakkan paradigma di kalangan anak-anak bugis generasi baru ini..tetapi pada masa yg sama masi ramai lagi orang bugis ini masi tidak merdeka dan terpangaruh dengan amalan budaya MINDA SUBSIDI..lihat saja dalam politik ada segelintir otai-otai bugis di jadikan kambing hitam..untuk merai sokongan org bugis...

BulaksFx

Din albugisi berkata...

TQ poh..Low metoki leepang cinampa ko blogerku. Sebenarnya kita harus berbangga dengan bapa mamak kita, meskipun ilmu sekolahnya dan rezekinya kurang tapi semangat menjadikan anak-anak ke menara gading sangat tinggi dan ini terbukti di kalangan kita. Jiwa berpantang mundur sangat kental di hati mereka. Dan memang sedih sekarang ramai orang kita bermental subsidi kerana mugkin semboyan perjuangan two reolo tidak menjiwa mereka.Sama-sama kita naikkan martabat bugis