Khamis, 23 April 2009

BUGIS DAN DOMINO

Permainan domino secara falsafahnya dapat memberikan sumbangan kepada kekuatan nilai-nilai murni dalam masyarakat bugis. Terdapat beberapa nilai murni yang boleh menjadi pegangan masyarakat bugis dalam permainan domino anataranya :

Kedisiplinan. Setiap pemain seharusnya mempunyai nilai disipli iaitu permainan harus mengikut aturan sebelum menurunkan dominonya. mereka seharusnya bersabar dan menantikan gilirannya. Dalam kehidupan seharian kita disiplin seharusnya menjadi pegangan dalam bidang apa sekalipun. samada ditempat kerja atau di sekolah.

Sentiasa memahami. Permainan domino memerlukan pemahaman dan tidak mementingkan diri sendiri. Sekiranya pemain mementingkan diri sendiri maka boleh jadi mereka akan ditewaskan oleh lawan. sedangkan dalam kehidupan harian manusia yang sentiasa memntingkan diri sendiri tak menghiraukan keadaan bangsanya maka kepincangan bangsa akan turut terkena tempiasnya kepada diri kita.

Pengorbanan. Pemain harus mampu melakukan pengorbanan untuk memenangkan kumpulanya. dengan kata lain kadangkala pemain tidak segan-segan mematikan kartu dominonya agar kemenangan dapat dicapai secara bersama. Oleh itu dalam kehidupan kita seharusnya mampu berkorban demi memajukan bangsa satu masa kelak.

Kerja sama. Kemenangan pasukan dalam permainan domino menjadi penentu kemenangan. Jika dalam permainan bola sepak strategi diperlukan untuk menjaringkan gol, maka dalam permainan domino juga memerlukan strategi. Begitu juga dalam kehidupan kita memerlukan satu pernacangan untuk menjadikan keluarga dan bangsa mampu mencapai matlamat yang sama.

kejujuran. Kejujuran juga diperlukan dalam permainan domino iaitu setiap kartu yang dipegang wajib dibuang sekiranya kita memegang kartu sambungan. Tanpa kejujuran permainan ini akan mengalami jalan buntu. Kita kadangkala harus mengalah dalam perlawanan namun sikap jujur dalam permainan akan menjadikan kita lebih bermaruah. Begitu juga dalam kehidupan harian, manusia yang tidak memegang prinsip atau nilai kejujuran akan dipandang hina dalam masyarakat. oleh itu sikap jujur amat diperlukan untuk menjadikan bangsa kita sebagai bangsa yang bermaruah.

Saling menghargai. semangat mengalahkan lawan setiap orang perlu ada tetapi semangat kemenangan itu perlu didorong oleh semangat persaudaraan dalam permainan. Kadangkala kita terpaksa mengalahkan orang yang lebih tua daripada kita namun rasa hormat dan menghargai perjuangan lawan kadangkala menjadi kekauatan semanagat persaudaraan dikalangan pemain.


Dengan nilai falsafah yang terkandung dalam permainan domino maka kita sebenranya mampu mengambil iktibar bahawa bangsa bugis mempunyai nilai yang tinggi dan mempunyai martabat yang tinggi tidak kira dari segi permainan hingga kepada perlakuan dan tuturkatanya yang penuh dengan lengang lengok bahasa dan adab.

Tiada ulasan: