Rabu, 24 Jun 2009

IBADAH HAJI DAN MASYARAKAT BUGIS

Bagi umat Islam, ibadah haji adalah rukun kelima yag menjadi ibadah penyempurna setelah selesai menjalankan rukun lainnya; mengucap dua kalimah syahadat, sholat, puasa dan zakat. Menunaikan ibadah haji di tanah suci Islam; Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah yang berada di wilatah Kerajaan Arab Saudi, menjadi cita-cita dan impian setiap muslim untuk dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidupnya.
Seperti yang kita sedia maklum masyarakat bugis yang menjunjung tinggi ajaran islam biasanya bersedia melakukan apa saja demi melaksanakan ibadah Haji. Bahkan kadangkala terdapat individu bugis yang rela menjual aset mereka seperti, tanah, kendaraan, perhiasan, dan aset lainnya demi untuk menunaikan ibadah ini. Sedangkan mereka yang berkemampuan lebih, kadangkala kedengaran juga orang kita yang membawa anak mereka menunaikan ibadah ini meskipun anak mereka belum cukup umur. Namun kadangkala saya juga merasa sedih meskipun niatnya baik tapi caranya salah dimana masih terdapat juga orang kita yang sanggup menunaikan ibadah haji dengan cara berhutang. Dan masih terdapat lagi tabiat dikalangan masyarakat kita yang menunaikan haji hanya untuk mencari gelaran nama di hadapan agar dipandang sebagai individu yang mempunyai prestij yang sangat tinggi.

Kekuatan semangat masyarakat bugis dalam menunaikan ibadah haji juga dapat terserlah jika kita melihat pada sejarah lampau iaitu masyarakat bugis yang hidup pada era 70-an zaman sebelum system pengangkutan semudah sekarang, mereka yang ingin menunaikan haji terpaksa mengunakan kapal laut. Mereka memerlukan ketahanan dan kesabaran untuk megharungi dan merentasi lautan luas selama 3-6 bulan untuk sampai ke destinasi. Meskipun sukar demi untuk meralisasikan ibadah ini mereka tetap sanggup menunaikan ibadah haji demi menyahut seruan Ilahi dan memenuhkan rukun Isalam yang ke Lima.
Dalam meninjau semangat dan cita-cita orang bugis untuk menunaikan ibadah haji terdapat beberapa keunikan yang boleh kita perhatikan
1. Saya kadangkala tertampar dengan semangat masyarakat bugis di kawasan ladang-ladang sawit dimana meskipun gaji mereka sekitar RM 9 – 15 sehari namun usaha mereka untuk merealisasikan ibadah haji selalu mereka impikan. Dan tidak sedikit masyarakat bugis yang tinggal di ladang-ladang sawit di negeri Sabah ini mampu menunaikan ibadah haji.Tidak keterlaluan kalau saya katakana hampir setiap tahun masyarakat bugis yang tinggal ladang sawit di bumi sabah ini mempunyai wakil sekurang-kurangnya 2-3 orang dalam satu musim haji. Jadi bayankan berapa jemaah haji Bugis jika kita mengira ladang-ladang sawit yang terdapat di sabah ini. Saya seperti mendapat pengajaran bahawa meskipun gaji saya lebih besar daripada mereka namun kekuatan semangat mereka sukar untuk saya tandingi.
2. Selain itu dengan adanya sisitem kuota yang diperkenalakan oleh kerajaan Arab Saudi, maka jemaah hari ini terpaksa akur untuk menantikan giliran. Namun bagi mereka yang betul-betul rindu dengan tanah suci, mereka tetap mencari alternative lain iaitu dengan mencari kuota di Indonesia khususnya di kepulauan jawa dan kalimantan meskipun bayarannya relative mahal berbanding dengan Malaysia. Dan mereka sanggup mengambil cuti sementara dan sanggup mengeluarkan duit lebih yang penting kerinduan mereka pada tanag suci termakbul.
Kesimpulanya ibadah haji dalam masyarakat bugis seolah-olah sudah menyatu dalam sanubari mereka, dan tidak keterlaluan juga kalau saya katakana bahawa kekuatan semangat bugis dalam menunaikan ibadah haji bukan sahaja diiktiraf oleh orang bugis tetapi turut diiktiraf oleh bangsa-bangsa lain yang berada di Sabah dan Nusantara. Sebagai generasi bugis marilah kita menyambung tradisi ini dengan menanamkan semanagat dan cita-cita agar suatu hari kelak kita juga akan sampai ke bumi Mekkah dan Madinah untuk mencari keredaan Allah bukan untuk mencari nama atau gelaran.




Selengkapnya...

Isnin, 15 Jun 2009

PERSEPSI ATAU REALITI

Pada musim cuti sekolah yang lalu saya telah berkunjung ke perak. Suatu hari saya telah mengikut ayah dan ibu mertuaku berkunjung ke rumah keluarga . Namun pada masa itu keluarga yang ingin dikunjungi tidak berada di rumah kerana sedang menjalankan pemeriksaan kesihatan di salah sebuah Hospital di perak.
Memandangkan keluarga yang ingin dikunjungi tidak berada di rumah maka mertuaku mengajak kami berjumpa dengan teman lamanya yang kebetulan tinggal berhampiran dengan rumah keluarga. Setibanya saya dirumah tersebut saya telah diperkenalkan dengan anak teman mertuaku. Mertuaku memberitahu namaku, asal negeri dan bangsa ku.

Apa yang menarik ingin kunyatakan disini untuk dikongsikan bersama warga bugis ialah apabila mereka mengetahui saya berbangsa bugis secara sepontan dia terus mengatakan bahawa kalau ingin belajar berniaga maka belajarlah dengan orang bugis kerana orang bugis dikatakan adalah bangsa melayu yang mahir berniaga dan mempunyai semangat yang tinggi. Selain itu mereka juga menganggap bahawa bangsa bugis adalah bangsa yang mementingkan pendidikan terhadap anak-anak.
Saya ingin mendapatkan respon dari rakan-rakan apakah pernyataan mereka ini merupakan satu persepsi atau memang reality ? marilah kita bahas isu ini secara pengalaman anda atau pembacaan anda serta apa yang anda pernah lihat.




Selengkapnya...

Selasa, 9 Jun 2009

RAJA BUGIS DAN 5 BERSAUDARA

Dalam sejarah tercatat bahawa salasilah keturunan Raja-raja di Malaysia dengan Keturunan Raja Luwu di Sulawesi Selatan mempunyai hubungan yang cukup rapat dari segi kekeluargaan. Apa yang dapat digambarkan bahawa Keturunan Raja Bugis di Malaysia bermula daripada peranan yang dimainkan oleh 5 bersaudara.
“Berdasarkan hasil pencarian salasilah keturunan Raja Bugis di Malaysia di dapati bahawa daripada 9 negeri yang ditadbir oleh golongan Raja yang bergelar sultan. Maka dapat disimpulkan keturunan raja di Malaysia, berasal dari komuniti Melayu-Bugis, Melayu-Johor dan Melayu-Minangkabau.
Merujuk kepada hasil kajian yang terdapat di muzium batara Guru di polopo, bahawa raja-raja Luwu telah wujud sejak abad ke 9 masehi lagi. Dan dikatakan bahawa sepanjang kerajaan Luwu di Sulawesi selatan terdapat 38 pemerintahan yang bergelar raja..

Sebenarnya Raja yang ke-26 dan ke-28 di Luwu Sulawesi selatan adalah Wetenrileleang berputrakan La Maddusila Karaeng Tanete, yang kemudian berputrikan Opu Wetenriborong Daeng Rilekke` yang kemudian bersuamikan Opu Daeng Kemboja.
“Dari hasil perkawinan inilah lahirnya 5 orang panglima bugis yang telah berhijrah ke Tanah Melayu yang dikenali dalam sejarah sebagai”orang bugis 5 bersaudara” Panglima Bugis 5 bersaudara inilah yang akhirnya membentuk sejarah keluarga Bugis di Tanah Melayu. mereka adalah orang Daeng Parani, Daeng Marewah, Daeng Cella`, Daeng Manambong dan Daeng Kamase,”
Oleh itu jangan pernah malu dilahirkan sebagai anak bugis, kerana sejarah akan tetap berkata-kata. Biarkan apa orang nak kata kita tetap mempunyai sejarah bangsa tersendiri. Ingat bahawa bangsa bugis adalah bangsa yang bertamadun.




Selengkapnya...

Khamis, 4 Jun 2009

PEMMALI DALAM MASYARAKAT BUGIS( BAHAGIAN DUA)

(5) Pemmali lewu moppang ananaE nasabaq magatti mate indoqna.
Terjemahan: Pemali anak-anak berbaring bertiarap sebab menyumpah ibunya mati cepat.
Bagi kanak-kanak yang suka bertiarap mereka pastinya akan ditegur kerana dikatakan ingin menyumpah ibunya agar mati cepat. Sebenarnya ancaman ini mencerminkan bahawa masyarakat bugis sangat menghormati orangtuanya sehingga larangan itu dikaitan dengan kematian ibu. Jika kita lihat dari sudut kesihatan berbaring tiarap boleh mengakibatkan sakit di dada atau sakit perut. Pemali ini berfungsi mendidik anak untuk menjadi orang memegang teguh etika, memahami sopan santun, dan menjaga budaya leluhur. Anak merupakan generasi yang harus di didik agar membesar menjadi insan berguna dan tidak memalukan keluarga.
(6) Pemmali kalloloe manrewi passampo nasabaq iyaro nasabaq ipancajiwi passampo siri
Terjemahan:Pemali bagi remaja lelaki menggunakan penutup sebagai alat makan sebab ia akan dijadikan penutup malu.
Lelaki yang menggunakan penutup benda tertentu seperti penutup periuk sebagai alat makan mengantikan piring dikatakan akan menjadi orang yang menjadi kambinghitam terhadap sesuatu masalah yang memalukan. Contoh menjadi kambing hitam penutup malu dengan menikahi gadis yang hamil di luar nikah akibat perbuatan orang lain. Meskipun bukan dia yang menghamilkan, namun dia yang ditunjuk untuk mengawini atau bertanggungjawab. Sebenarnya ancaman itu disebabkan menggunakan penutup sebagai alat makan tidak sesuai dengan adat etika ketika makan. Penutup bukan alat makan. Orang yang makan dengan penutup merupakan orang yang tidak tahu etika dan adab sopan santun semasa makan.
(7) Pemmali saleiwi inanre iyarega uwae pella iya puraE ipatala nasabaq mabisai nakenna abalaq Terjemahan: Pemali meninggalkan makanan atau minuman yang sudah dihidangkan karena biasa terkena bencana.
Pemali ini memuat ajaran untuk tidak meninggalkan makanan atau minuman yang telah dihidangkan. Meninggalkan makanan atau minuman yang sengaja dibuatkan tanpa menmakannya adalah pembaziran. Makanan bagi masyarakat Bugis merupakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah Swt. Orang yang meninggalkan makanan atau minuman tanpa menrasanya merupakan wujud penolakan terhadap rezeki. Selain itu, menikmati makanan atau minuman yang dihidangkan tuan rumah merupakan bentuk penghoramatan seorang tamu terhadap tuan rumah. Sekiranya makanan dan minuman yang dihidangkan tidak dijamu atau dirasa maka ia boleh menyinggung pihak tuan rumah.
Seharusnya kita generasi baru yang diberikan ilmu harus mencari makna falsafah disebalik larangan yang diwarisi oleh leluhur kita serta menerangkan larangan itu kepada masyarakat secara hikmah . Kita jangan terus melatah dan mengata bahawa larangan tersebut tidak sesuai sebaliknya kita juga jangan terlalu mengikut secara membuta tuli. Marilah kita sama-sama menjaga budaya bangsa selagi tidak bertentangan dengan agama.





Selengkapnya...

Ahad, 24 Mei 2009

PEMMALI DALAM MASYARAKAT BUGIS( BAHAGIAN SATU )

Pemmali merupakan istilah dalam masyarakat Bugis yang digunakan untuk menyatakan pantang larang kepada seseorang yang melakukan dan mengatakan sesuatu yang tidak sesuai. Pemali sering menjadi pegangan leluhur masyarakat Bugis sebagai gelangan pendidikan tidak formal untuk membentuk budi pekerti. Sebenarnya kata-kata Pamali / Pemmali, sebenarnya berasal dari bahasa Arab yaitu Fiil Madi. Fiil Madi dalam bahasa Arab diertikan perbuatan/Sesuatu yang telah terjadi di masa lampau. Oleh karena itu Pemali dapat diinterpretasikan perbuatan/perkataan yang telah dilakukan oleh orang tua dulu yang mendatangkan kesan sehingga terjadinya sesuatu secara kebetulan atau disengaja.
Pemmali dalam masyarakat Bugis dapat dilihat dalam dua elemen, iaitu pemmali dalam bentuk perkataan dan pemmali dalam bentuk perbuatan. Namun dalam blog ini saya akan mengetengahkan tentang pemali dalam bentuk perbuatan untuk dirnungi dan di nilai semula agar kita generasi baru tidak terpesong dengan akidah Islam.
Beberapa contoh pemmali dan maknanya.
(1) Riappemmalianggi ana’ daraE makkelong ri dapurennge narekko mannasui.
Terjemahan: Pantangan bagi seorang gadis menyanyi di dapur apabila sedang memasak atau menyiapkan makanan.
Masyarakat Bugis menjadikan pantangan menyanyi pada saat sedang memasak. Akibat daripada pelanggaran ini dikatakan bahawa mereka akan mendapat suami yang tua. Namun demikian dari segi ilmiah tidak terdapat hubungan antara menyanyi di dapur dengan mendapat jodoh. Kerana Jodoh itu di tentukan oleh Allah SWT. Namun demikian, pemmali di atas sebenarnya memiliki hubungan dengan masalah kebersihan dan kesihatan. Menyanyi di dapur dapat mengakibatkan keluarnya tampias ludah daripada mulut yang kemudian terpercik ke makanan.
(2) Deq nawedding anaq daraE matinro lettu tengga esso nasabaq labewi dalleqna.
Terjemahan: Gadis tidak boleh tidur sampai tengah hari sebab rezeki tidak menyinggah di rumah.
Selain itu leluhur kita mengatakan mereka yang lambat bangun akan mendapat jodoh yang lambat. Sebenarnya seorang gadis tidak baik bangun tengahari kerana ia merupakan cerminan daripada sikap malas dan boleh membantutkan kerja di dalam rumah. Hal ini perlu diperhatikan kerana masyarakat bugis menganggap bahawa perempuan adalah pemegang kunci kepada pendidikan anak-anak dan urusan dalam rumah. JIka dikaitkan dengan lambat terima jodoh kerana lelaki tidak akan mahu berkahwin dengan wanita yang lambat bangun sebab khuatir mereka akan mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri dlam rumahtangga. Dari segi kesihatan pula lambat bangun akan menyebabkan badan menjadi lemah.
(3) Riappemmalianggi matinro esso taue ri sese denapa natabbawa ujuna taumate engkae ri bali bolata.
Terjemahan:Pantang orang tidur pagi jika jenazah jiran kita belum di usung ke tanah perkuburan.
Masyarakat Bugis dilarang tidur pagi sekiranya terdapat jiran yang meninggal dunia. Sebenarnya falsafah daripada larangan ini adalah sebagai satu symbol menghormati jenazah dan sebagai satu cara kita turut bersimpati dengan jiran. Pemali ini menggambarkan betapa tingginya penghargaan masyarakat Bugis terhadap sesama manusia.
(4) Pemmali mattula bangi tauwe nasabaq macilakai
Terjemahan: Pantangan bertongkat dagu sebab akan membawa sial.
Bertongkat dagu dikatakan akan membawa sial. Namun demikian makna falsafah daripada larangan ini adalah menunjukkan sikap seseorang yang pemalas. Perilaku bertongkat daku seolah-olah sesorang itu hanya berangan-anagan tetapi tidak ada melakukan tindakan. Perilaku ini tidak ada hasil yang boleh didapatkan karena tidak ada pekerjaan yang dilakukan. Mereka biasanya hanya hidup menderita. Oleh itu perbuatan ini dianggap sial kerana tidak mampu melakukan pekerjaan yang mendatangkan hasil untuk memenuhi keperluan hidupnya





Selengkapnya...

Sabtu, 9 Mei 2009

KENALI AJARAN BANGSA KITA

1. Keturunan yang diajarkan bagaimana mempertahankan kehormatan keluarga.
Bangsa kita adalah bangsa yang sentiasa mempertahankan maruah dan harga diri keluarganya. Mereka sanggup berkorban nyawa sekiranya maruah dan harga dirinya cuba diganggu. Kerana harga diri bagi bangsa bugis merupakan kedudukan yang perlu dipertahankan. Sekiranya harga diri jatuh maka manusia selalunya tidak akan memandang kita dan mereka lebih muda meminjak-minjak keluarga kita dengan cacian dan makian.

2. Keturunan yang diajarkan untuk menjaga martabat orang lain dan dirinya sendiri.
Masyarakat Bugis juga diajar tentang nilai-nilai menghormati orang lain. Sebab itulah semasa kita kecil apabila kita dipanggil oleh orang kita hendaklah menjawab dengan kata Yeeeaa. Ungkapan ini dalam bahasa Bugis lebih halus penggunaannya. Menghargai dan menjaga martabat orang lain sangat digalakan dalam bangsa kita.
.3. Keturunan yang diajarkan untuk tidak tunduk kepada orang lain.
Meskipun kita diajar untuk menghormati dan mengahrgai martabat orang lain, tapi kita tidak seharusnya tunduk sehingga perlu menjilat demi kepentingan diri. Budaya tidak tunduk kepada orang lain merupakan cerminan bahawa tradisi bugis bukan bangsa yang mudah diperalatkan atau ditiup seperti kapas.

4. Keturunan yang ingin bebas merdeka berjuang dan berusaha untuk bertahan hidup.

Kita adalah bangsa yang sentiasa berjuang dan berusaha untuk survival diri. Sebab itulah saya katakan dahulu bahawa letak mereka di mana-mana mereka pasti mampu berusaha untuk bertahan untuk hidup. Ibaratnya berpantang ajal sebelum maut.

5. Keturunan yang berabad abad mentalnya telah dibentuk dan ditempa dengan keras oleh gelombang

Memandangkan mempunyai semangat massompe ( mengembara ) dan makassero ( bekerja keras ) maka mental mereka telah terdedah dengan apa juga tekanan. Sehingga semangat juang Bugis sukar untuk dinafikan.

6. Keturunan yang diajarkan berani menghadapi masalah dan tidak lari dari kenyataan hidup.dan berani bercakap hanya jika ada BUKTI.
Bangsa Bugis adalah bangsa yang mempunyai falsafah berpantang mundur setelah mara ke depan mungkin telah menyerap ke tubuh kita. Oleh itu bangsa kita adalah bangsa yang jarang melarikan diri selagi berada di jalan kebenaran.

Marilah kita sama-sama merenung ajaran leluhur kita agar kita mampu menjadi bangsa yang disegani. Meskipun saya tidak menafikan kadangkala kita juga selalu melanggar ajaran-ajaran yang pernah di berikan oleh orangtua kita.


Selengkapnya...

Rabu, 6 Mei 2009

KREATIVITI MASYARAKAT BUGIS

Selama berabad-abad lamanya masyarakat Bugis telah dikenal di kepulauan nusantara sebagai kaum pedagang, perantau dan pemukim. John Crawford, gabenor pertama dari Singapura telah mengatakan bahawa kaum Bugis boleh dikategorikan masyarakat yang paling canggih dan yang paling inovatif diantara seluruh suku bangsa di kepulauan Nusantara ini. Mendengar pernyataan ini tentunya siapa saja yang berbangsa bugis seharusnya merasa bangga bersyukur kerana terlahir sebagai bangsa yang mempunyai nilai kreativiti yang tinggi di antara beberapa bangsa di kepulauan nusantara.jangan pernah malu terlahir sebagai bangsa Bugis.Meskipun pendapat ini muncul pada masa lampau dan pada masa penjajahan di kepulauan Nusantara, Namun saya yakin dan percaya bahawa saat ini kaum Bugis masih dipandang sebagai suku yang paling inovatif dan terkemuka di Nusantara khusunya dalam kelompok Melayu.Melalui keyakinan saya mari kita cuba perhatikan budaya masyarakat bugis pada masa kini tentang inovasi dan kreativiti mereka. Masyarakat bugis pada hari ini meskipun tidak kesemuanya, namun boleh diyakini bahawa mereka bangsa yang mempunyai nilai kreativiti yang tinggi demi survival. Buktinya...Simpanlah mereka di mana-mana sahaja mereka pasti mampu untuk survival. Bangsa Bugis apabila disimpan di hutan mereka boleh menananm padi dan membalak, Jika kita simpan di ladang mereka boleh berkebun, Jika kita simpan di pasar mereka boleh berdagang , Jika kita simpan di laut mereka boleh menjadi nelayan yang handal merentasi ombak dan gelora,Jika kita simpan di stesyen bas dan teksi mereka boleh menjadi pemandu, Jika kita simpan di sekolah mereka boleh mendidik anak bangsa, Jika kita simpan di Masjid mereka boleh menjadi pendakwah dan Imam sembahyang, Jika kita simpan di Universiti mereka boleh menjadi mahasiswa yang berjaya dan timbalan naib canselor, Jika kita simpan di depan internet mereka boleh mengeksplorasi alam maya, jika kita simpan di hospital mereka boleh menjadi jururawat dan doktor, Jika kita simpan di putrajaya mereka boleh menjadi perdana menteri. Itulah bangsa bugis dari hirarki kerja yang rendah hingga keperingkat kepimpinan negara mereka mampu memegang tanggungjawab. Namun kita jangan hanya berbangga dengan kemampuan bangsa kita sebaliknya marilah kita secara bersama-sama bersyukur kehadrat Ilahi dan meneruskan meningkatkan mutu bangsa kita. Yang penting berikan mereka peluang dan sokongan , Insya Allah mereka akan turut sama memajukan bangsa dan negara ini. Melalui pernyataan tadi maka kita dapat melihat bahawa bangsa bugis amat kreatif di darat dan di laut. Kebolehan ini di sebabkan oleh semangat juang bugis yang cukup tinggi dan semangat berpantang mundur jika telah mara ke depan.
Kita bukan bangsa yang mengamalkan perkauman tetapi kita adalah bangsa yang bersatu demi kekuatan masa depan agama dan negara Malaysia. Pesan saya pada anak anak bangsaku tingkatkan ilmumu, indahkan perilakumu agar menjadi bangsa yang dihormati dan digeruni.
SALAM PERJUANGAN...





Selengkapnya...